KOTA KINABALU: UMNO Sabah belum mengemukakan usul kepada lembaga disiplin parti mengenai tindakan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu menyokong kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata ia kerana beberapa proses perlu diikuti sebelum membuat usul berkenaan.
"ADUN UMNO yang membelakangkan keputusan parti tidak mempunyai sebarang kedudukan dalam kepimpinan bahagian kecuali seorang berjawatan iaitu Timbalan Ketua Bahagian.
"Sementara ADUN lain hanya anggota biasa dan ada yang sudah dikenali sebagai pemimpin yang sering kali bertukar parti," katanya menerusi kenyataan. hari ini.
Pada 6 Jan lalu, UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengumumkan menarik sokongan kepada Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Hajiji, sebagai Ketua Menteri.
Bagaimanapun, lima ADUN berkenaan enggan menyokong langkah UMNO Sabah menarik sokongan kepada kerajaan negeri.
ADUN terbabit ialahTimbalan Ketua Bahagian UMNO Bahagian Tuaran, Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk Ir Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin) dan Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk).
Bung Moktar juga mendakwa pelantikan Shahelmey sebagai Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah yang baharu manakala James sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah tidak mewakili UMNO dan tidak diiktiraf oleh UMNO Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2023
Bung Moktar berkata, beberapa proses perlu diikuti sebelum membuat usul berkenaan. - Gambar/ Astro AWANI
Kerosakan infrastruktur telekomunikasi: Syarikat pemaju didenda RM60,000
Syarikat Monarch Lodge Development didenda RM60,000 kerana didapati merosakkan kemudahan rangkaian milik Telekom Malaysia Bhd (TM).
[INFOGRAFIK] Statistik Guna Tenaga 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Statistik Guna Tenaga bagi tahun 2024.
Amerika kenakan tarif sehingga 100% pada EV, panel solar, semikonduktor China
SEPERTI yang telah dijangka Amerika Syarikat meningkatkan tarif import beberapa produk keluaran China.
Kementerian Komunikasi utamakan artis veteran dalam penganjuran majlis, program - Fahmi
Artis veteran akan menjadi keutamaan dalam majlis atau program Kementerian Komunikasi bagi membuat persembahan.
Siti Nurul Masyitah terlepas peluang ke kejohanan dunia
Timbalan Menteri Belia & Sukan, Adam Adli memaklumkan atlet kayak negara, Siti Nurul Masyitah yang dilanggar pemandu mabuk, terlepas peluang ke Kejohanan Dunia Perahu Naga di Filipina November depan.
Pantau Belanjawan: Akta - Kepentingan pembeli, pemaju dan pemilik tanah dilindungi?
Akta Pembangunan Hartanah bagi Semenanjung Malaysia dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming. Apakah realiti sektor hartanah di Malaysia dan bagaimana pelaksanaan Akta ini dapat melindungi kepentingan pembeli, pemaju dan pemilik tanah? Kupasan lanjut bersama Pengasas Pejuang Hartanah, Ahyat Ishak.
Representasi 'Inspektor Sheila" batal pertuduhan sebabkan kegusaran awam ditolak
Representasi dikemukakan 'Inspektor Sheila' bagi membatalkan pertuduhan menyebabkan kegusaran awam ditolak pihak pendakwaan.
Laporan KRI: Purata gaji rakyat Malaysia hanya naik RM56 setahun antara 2010-2019
Pasaran buruh Malaysia menunjukkan corak struktur pertumbuhan gaji jelas ditindas tanpa campur tangan dasar yang kukuh.
AWANI Ringkas: Pesawat Garuda mendarat cemas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
China mempunyai kapal perang direka khusus angkut dron
Rekod negara pertama yang mempunyai kapal yang direka khusus untuk dron dipegang oleh China.
Jangan ada pihak berlagak suci, harap sokong RUU Antilompat Parti - Armizan
Armizan turut menafikan dakwaan bahawa Kerajaan Negeri sengaja melengahkan pembentangan RUU Antilompat Parti.
ADUN lompat parti tindakan tidak berpelembagaan - Warisan
Tindakan ADUN melompat selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan kepada Akta Antilompat Parti dianggap tidak berpelembagaan.
Dua pemimpin UMNO Kinabatangan umum keluar parti, sokong Hajiji
Dua pemimpin UMNO bahagian Kinabatangan mengisytiharkan keluar parti dan mengumumkan akan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
Lima ADUN Sabah keluar UMNO, umum sertai Gagasan Rakyat dipimpin Hajiji
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO bertindak keluar daripada parti dan mengumumkan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
KDM umum beri sokongan penuh kepada Hajiji sebagai KM Sabah
Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mengumumkan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.
Beri tumpuan utama kepada perpaduan dan pembangunan rakyat - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyeru semua pihak terus menjalankan tugas sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, terutamanya kepada rakyat.
Andi Suryady sokong Hajiji demi pembangunan Sabah dan rakyat
Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy memberi sokongan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor demi pembangunan negeri dan membantu rakyat.
Status lima ADUN UMNO Sabah sokong Hajiji akan dinilai lembaga disiplin, MKT parti
Status lima ADUN UMNO Sabah yang menyokong Datuk Seri Hajiji akan dinilai lembaga disiplin parti.
Stephen Jimbangan sahkan sudah hantar surat letak jawatan sebagai Presiden Gagasan Rakyat
Stephen Jimbangan mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.
Hajiji bakal ketuai Parti Gagasan Rakyat Sabah
Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan bakal mengetuai sebuah parti yang dikenali sebagai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).